Thursday 8 January 2015

assignment pertama sem 3.

Assalamualaikum.w.b.t.

First time buat blog.hahaha.yang terbayang kat fikiran ni assignment ctu.Nervous nanti kena present depan kawan-kawan.Yang paling gerun bila cermin mata mula naik wap.Hope pembaca doakan saya agar presentation ctu berjalan lancar.Alhamdulilah still leh survive sem 3 at UitmN9 walaupun kawan xberapa ramai but kita manusia perlu bersyukur dengan apa yang ada. Sem 3 ni sesak sikit sebab subjek semua boleh dikatakan"KILLER SUBJEK".Sem 3 ni ada satu assignment Ctu.. assignment individu and dapat tajuk Ibn-Qutaibah. Masa first dapat tajuk memang xtahu sapa Ibn-Qutaibah tapi bila da cari bahan  barulah dapat tahu yang ibn-Qutaibah ni seorang ulama yang gemar menulis dan juga memberi pandangan. okey lah. Ini lah gambaran assignment ctu aku.Sepatutnye upload dalam bentuk powerpoint tapi  tidak boleh.


BIODATA 
Abu Muhammad Abdullah Ibnu Muslim Ibnu Qutaibah Ad-daimuri
Gelaran Ibn-Qutaibah
Keturunan Parsi
Wafat Pada 276h ketika usianya 63 Tahun
Tarikh Kelahiran pada tahun 213h/828m
Ibn Qutaibah adalah seorang ahli sejarah politik,cendekiawan Islam dan pakar bahasa Arab serta pembela ahli hadis.
 Belajar Hadis melalui Ishaq Bin Rahawaih, Abu Ishaq Ibrahim Bin Sulaiman Al-ziyadi, Muhammad Bin Ziyad Bin ‘Ubaidillah Al-ziyadi, Ziyad Bin Yahya Al-hassani, Abu Hatim Al-sijistani
Di antara muridnya yang mampu menyerap pengetahuan yang diajarkan oleh Ibn Qutaibah adalah anaknya sendiri, Abu Ja’far Ahmad bin ‘Abdillah.


SUMBANGAN


   —Ibn Qutaibah adalah salah seorang ulama yang gemar menulis dan banyak memberi pandangan.Beliu memberi pandanganmengenai konsep iktiwa iaitu perubatan yang memanaskan besi dengan menggunakan api.Menurut pandangan Ibn-Qutaibah iktiwa itu terbagi kepada dua.Pertama, beliau mengungkapkan bahawa iktiwa pada anggota tubuh yang sihat di mana seseorang berharap tidak mengalamI kesakitan adalah tidak dibolehkan.Kedua, beliau memberi pandangan bahawa iktiwa yang dilakukan pada anggota tubuh yang mengalami kerosakan adalah dibolehkan.Hasil karyanya tidak kurang daripada 300 buah.Salah satu karya Ibnu Qutaibah yang terkenal adalah Kitab Al Ma'arif (setebal empat jilid) yang merupakan ensiklopedia pertama berbahasa ArabDi dalam kitab Al-Ma’arif beliau ada menyebut mengenai  masjid-masjid yang pertama kali didirikan dan tokoh-tokoh penting dari kalangan ahli qira’at, ahli nasab, ahli sejarah, ahli syair, ahli bahasa, dan ahli pendidikan  .Di dalam kitab beliau yang berjudul Uyun Al-Akhbar,beliau menceritakan mengenai zoologi.
Ringkas je sebab syarat buat assignment ni nak diikutkan x  lebih daripada 5 slide powerpoint.Hope dapat la membantu sesiapa saja yang nak cari maklumat mengenai ibn-Qutaibah. Disudahi dengan salam. 

                                                                                
                                                                                                                                                                                                          
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           Offically by Azimah